PENGIKUT AJARAN SESAT

Tuesday, August 23, 2011

nak mengumpat sangat!

assalamualaikum. hype korang! ok, entry kali ni, aku nak share tentang UNTUNG dan RUGInya mengumpat. ini bukan untuk orang laen, untuk diri aku jugak. lantak korang la nak cakap apa pon, yang penting, blog ni aku punye, dan korang berminat dengan blog aku la yang korang stalk blog aku tue, aku BANGGA weh! anyway,

2 perkara ORANG YANG MENGUMPAT dapat : 


1- dosa orang yang diumpat, korang yang mengumpat tanggung.
2- pahala korang yang mengumpat ni dapat kat orang yang diumpat.


xpe-xpe, kalau korang rasa da takleh nk kawal sangat kuasa mengumpat tu, takpe, ade jugak ciri-ciri umpatan yang korang boleh ngumpat.

6 tempat yang dibolehkan mengumpat : 


1- mengumpat orang yang diumpat oleh Allah S.W.T
contohnya: nama-nama yang ALLAH S.W.T laknatkan didalam Al-Quran.

2- mengumpat untuk menuntut hak
contohnya: menceritakan keburukan seseorang dengan tujuan untuk tuntut hak di mahkamah, bukan dengan niat ingin memburukkan orang tersebut.

3- mengumpat mengadu masalah
contohnya: seorang isteri mengadu masalah kepada qadi, hakim, atau polis bahawa suaminya tak bagi nafkah. (same la ngan no 2 nie)

4- mengumpat pada orang jahat yang umum memang orang tahu dia jahat.
contohnya: perompak, pembunuh yang dah glemour la. (masuk paper, tv)

5- mengumpat yang umum.
contohnya: umpat seseorang yang tak disebut nama atau sesuatu yang boleh membuatkan orang boleh kenal siapa orang yang kita umpatkan tu.

6- mengumpat untuk meninggikan agama
contohnya: beritahu tentang kesalahan seseorang yang membuat kesalahan.




oke. tu je yang aku nak share, harap dengan entry ni, ade yang insaf la kan. aku cuba sampaikan ap yang aku tahu. masing-masing terpulang kepada diri masing-masing.


time kasih utk blog ni. banyak ilmu aku dapat dari sana. 
sekian, terima kasih. 


ps: kalau terasa, aku mintak maaf, aku just share info je. bukan nak perli sesape. 



No comments: